RESEPI NASI ARAB MUDAH DAN SIMPLE, GUNA BAHAN YANG ADA KAT DAPUR JE.


Resepi Nasi Arab (mix melayu)


Hujan2 ni masak nasi arab je lah.
Sup rempah2 biar hangat badan (sup berminyak tu dari ayam yang rebus mula tadi).
Macam tiap minggu buat nasi arab kan..? 🙄
🧐

#homecook #simplecook #eathealthy

Resepi Nasi Arab (mix melayu) simple2 je versi iols.

*Buat sup berempah*

Ayam (guna la part mana yg korang suka)
Bwng besar 1 biji (belah 4 je terus)
Tomato 1 biji
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
Daun ketumbar
Buah pelaga 3 biji
1 kiub ayam (kadang2 tak letak pun)
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma (kite guna yang Nai'mah Ali buat "power" kurma dia)
2 sudu minyak masak
Sedikit garam

Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan utk masak nasi. Dan selebihnya kite buat sup utk makan dengan nasi.. Sedap.. Rasa sup berempah. Sikit je untuk sup.

*Ayam panggang atau boleh letak dalam nasi sekali)

Angkat ayam dari sup tadi. Pastu buat ayam perap. 

Serbuk kari
Serbuk kurma
Serbuk Lada hitam
Garam
Madu/gula 1 sudu
(perap kejap je sambil2 siapkan nasi)
Lepas tu panggang
bakar pada suhu 180 api atas sahaja.. 20-30minit.

*kalau tak nak bakar, boleh letak atas nasi masa nasi dah hampir nak masak (agak2 lah)

*Bahan nasi (guna beras jati pun boleh nak best guna basmathi la)

Bwng besar sebiji (hiris nipis)
Halia 1 inci hiris nipis jugak
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Ghee atau planta atau minyak masak pun boleh lah.
Daun ketumbar

Tumis dulu dalam rice cooker tu sampai bau wangi bawang. Pastu Beras yng dah basuh siap2 tu masuk je dalam rice cooker. Pastu sup berempah tadi tu tuang je dalam beras tadi. Ikut sukatan masak beras korang lah. 
Bile nasi dah siap baru letak saffron ke pewarna kuning, tak nak letak pun takpe. Asal boleh jek kan.

Gu la dengan sambal salsa dengan salad timun (salatoh).

*Salatoh*

Tomato, timun, bawang merah, daun ketumbar, jus lemon, garam, gula.

*sambal salsa* 

Tomato, cili merah, daun ketumbar, bawang putih, garam, just lemon. Buh dalam blender semua tu.

Siap!! Guna je lah barang yg ade kat dapur je. Pastu claimed nasi arab. Hahahahahahha.
Asal ade rase2 arab tu boleh la..


 

Ulasan

Catatan Popular