RELEVEN LAGI KE KAD KAHWIN 2021 NI?

Releven lagi ke kad kahwin? 

Maksud nya yang"fizikal"? 

 

Topik ni kira ade kena mengena dengan situasi i sekarang ni la. Dilema tahu tak, bagi kami para grafik designer dunia percetakan ni. Situasi ni lebih kurang sama juga macam kad raya la. Kalau dibandingkan penggunaan kad kahwin fizikal dengan kad kahwin digital, sejujurnya bagi i la, kad kahwin fizikal ni berperanan lebih kepada mengeratkan silaturrahim. Ia bukan sekadar mewujudkan feel, tapi apabila seseorang itu menerima kad kahwin secara fizikal ni kan orang yang terima tu dia rasa lebih dihargai. (Gitew!)

Kad Fizikal ni terutamanya golongan yang dah berumur macam pakcik, makcik, atok atau nenek saudara. Jiwa dia orang ni agak sentimental dan konvensional sikit. Bukan lah kolot, tapi kan ada sesetengah individu kalau kita baca luahan di laman-laman sosial kan, bilamana ada generasi muda sekarang yang berkahwin tapi sebelum majlis perkahwinan diorang tak datang ke rumah untuk jemput guna kad kahwin pada makcik, pakcik, sedara mara dan sebagainya.

Golongan makcik-makcik serta pakcik-pakcik bawang yang sensitif ini akan mula mengata belakang. Ha selalu baca kan? Kita ni bukan hidup dengan kita dan pasangan je. Kita ni hidup bermasyarakat "kekdohnye", maka nya, adalah lebih baik korang sediakan lah lebih kurang 50-100 kad kahwin fizikal untuk mengelakkan fitnah dan mengelak hati mereka ini terguris. 

 Ala, support lah kita orang sikit kan. Bajet kad kahwin pun letak dalam RM200.00 pun memadai. Boleh order design & print https://web.facebook.com/myminiworldstudio

 

Contoh kad kahwin fizikal


MymimiWorld studio: WEDDING CARDS


Selain daripada percetakan kad, kita jugak ada buat servis percetakan lain juga, boleh buat risalah, bunting, sticker product dan bermacam-macam lagi. Yang menariknya selain membuat pesanan secara online, korang hanya perlu memuat naik rekaan ataupun gambar yang ingin dicetak secara terus melalui laman web ini tanpa perlu menghadirkan diri ke kedai sekiranya ingin buat tempahan. Mudah, jimat masa, jimat tenaga. 

Nak bagitahu, baru ni ada student PJJ ni siap tempah e-card lagi, i charge RM30.00 per e-card. 

Selain itu, korang juga boleh buat tempahan kad digital dari web yang menawarkan pakej sebegitu. Dia orang siap buat map on the go lagi "taw". I jumpa website best ni yang tawarkan servis tempahan kad digital. Free lagi tahu. website nye boleh tekan kat sini https://e-card.my/

Dengan semudah 1,2,3 korang dah boleh dapat kad kahwin korang. Map tu korang boleh tekan, dia terus direct link ke googlemap. hebat kan? Gitu lah teknologi sekarang ni. Pilihan ditangan masing. 

 

Contoh kad kahwin digital



Kesimpulan, korang pilih yang mana..?

konvensional atau teknologi digital.

cuba komen sikit, guys.


Disclaimer


Blog ini adalah blog peribadi dan tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Sebarang pendapat, pujian ataupun kritikan adalah berdasarkan penilaian pemilik blog sendiri. Sebarang maklum balas ataupun pertanyaan, boleh emailkan kepada myminiworld3@gmail.com.
 

Ulasan

Catatan Popular