10 Idea Topik Blog Gerenti Letops

10 ogos 2021, isnin

CUBA PENDEKATAN NI UNTUK NAIKKAN TRAFIK BLOG KITA.


Kebiasaannya kita tulis blog ni  untuk meningkatkan "marketing",  pengguna, nak naikkan pendapatan dan ROI. Dah tentu korang pun nak semua tu kan?


Tapi kan, bila kita dah mulakan blog, kita biasanya akan terperangkap dengan soalan-soalan basic ni


Nak tulis blog pasal apa?

Meh nak tolong korang bagi idea sikit topik, artikel apa boleh dibuat. 


10 idea ni dah diguna pakai oleh kebanyakan blogger hebat dan berjaya sebelum ni lagi taw. Walaupun i tak tergolong dalam orang2 berjaya tu. (ahaks). Sooner or later la khens.


Meh le kita cuba bersama-sama. Ayuh Malaysia Boleh! (Tiber)


1. Buku Manual atau Buku Panduan


Kebanyakan orang memang benci, meluat, malas nak baca manual/panduan panjang2 ni. Walaupun penuh fakta dan informasi bagus. Betul tak? Bila kali terakhir korang baca manual cara nak guna microwave baru korang?


Macam mana korang cari cara-cara nak buat 


Korang "google" je kan? As simple as that.


Jadi, korang type je kat google tu apa "keyword" yang paling banyak sekali orang cari. Korang boleh tengok mana yang sesuai dengan "knowledge" korang, "create" topik blog yang menjawap segala "curiousity" dia orang tu melalui penulisan korang.  Ha nanti jadi trending lah topik tu.



2. Politik


Politik popular pada setiap tahun pilihan raya. Sama ada nasional atau tempatan, Cuba cari topik politik untuk dibincangkan dan korang join perbincangan tu. Tapi, awas ye..!


Politik boleh menjadi ketidak tentuan walaubagaimanapun. Orang boleh jadi bergaduh besar pasal politik ni, Sokong parti "merah", "biru, "hijau" kalau salah bincang boleh "ribut". So siap sedia lah dengan fakta korang kalau korang pilih untuk topik kontroversi macam ni.


3. Resepi Masakan


Ha! Ni selalunya memang jadi topik "hot" ni. Orang zaman Industri 4.0 ni memang nak mudah je. Semua dihujung jari katanya. Resepi takde nye nak tulis dalam buku macam mak kita dulu. Semua google. Tapi kalau pilih topik ni gambar tu mesti "tempting" giler. Resepi yang oldschool atau resepi simple cook confirmed orang suka. Belajar teknik food photography pun bagus jugak untuk skill menggambar yang cantik memukau macam iklan Fastfood restoran tu.


4. Panduan Mudah


Biasanya ni orang macam bagi tips nak buat "something" la. Macam yang i buat ni. Idea untuk korang tulis blog. Korang boleh jugak buat


"cara-cara pasang rak ikea"


"DIY baju lama jadi wow"


Bukan semua orang tahu "basic" nak mulakan sesuatu. Mula2 ajar basic lama2 nanti korang boleh ajar "advance" topik kat dia orang. Gitew.


5. Produk Review


Yang ni pun orang suka cari dan baca. Yang jenis tak mudah terpengaruh dan suka cari seberapa maklumat untuk dia beli sesuatu produk tu, biasanya dia orang suka baca kat blog dulu. Pro/Con produk tu. Dia orang ni suka buat perbandingan harga, kualiti, "performance". Orang suka review yang jujur dan nampak ikhlas tanpa dipengaruhi brand tertentu. 


6. Kisah hidup


Kadang2 orang suka baca kisah hidup orang ni. Pengalaman hidup. Orang yang jenis mudah simpati, beremosi ala2 baca cerita novel ni suka dengan topik gini. Lagi dekat penceritaan korang dengan hati dia, lagi orang suka nak follow topik blog korang. Orang suka bila kita cerita pengalaman kita hadapi sesuatu hal. Nak pulak dia orang pun hadapi perkata yang sama. Dari situ korang boleh selit sekali motivasi, tips dalam menangani situasi tu supaya dia orang tak tersilap langkah macam korang. 


"Kisah percintaan"


"Kisah terberanak dalam kereta"


"Anak syurgaku - autisme"


7. Travel (melancong)


Korang pun suka kan? Tapi pendemik ni, mampu throwback aje lah topik lama. Haaha. Bile aje nak g travel nye kan. Travel ni orang suka topik dan buat carian pasal bajet, tips melancong, tempat best (hotspot), makan apa yang best, makanan halal, melancong dengan anak kecil. 


Lagi konon2 bajet korang punya travel tu lagi ramai orang share dan follow. Ada jugak yang suka topik travel kat daerah yang "unsang places" tang jarang orang pergi tapi rupanya wow! Tak sangka ade tempat cantik like gems.


8. Parenting : tip keibubapan


Biasa ni kalau korang famous macam artis orang nak jugak la tahu tips korang jaga anak, eh! Tapi tak jugak ea. Walaupun korang tak famous amos, korang boleh buat topik ni kalau anak korang comel atau perangainya comel siap video lagi, setup rumah korang ala2 playground yang just nice macam pintrest, confirm lah orang kagum giler.


"Cara nak mulakan homeschool"


"Solid food pertama anak"


"Tangani demam panas bayi"


9. Automotif : permotoran


Topik ni lelaki suka sangat la kan. Perempuan sekarang pun minat jugak. Kadang2 orang perempuan ni kalau cerita bab automotif ade jugak yang hebat dari lelaki. Presiden club motor, club kereta tu ramai perempuan jugak taw! So jangan "gender bias" okey. Korang boleh buat topik "makeup kereta", perbandingan model, member club, modifikasi, hobi.


10. Memulakan sesuatu bisnes kecil


Topik ni agak popular. Nak pulak zaman pendemik ni, semua pun mula nak fikirkan pendapatan sampingan. Ada yang dibuang kerja akibat majikan rasa kita dah tak diperlukan atau nak kurangkan staff. Jadi tipik ni kalau korang banyak idea yang membantu, korang boleh tulis..


"cara-cara mulakan bisnes kecil"


"Mulakan bisnes tanpa modal"


"Dari hobi jadi bisnes"



Kesimpulannya, ada banyak idea lagi untuk korang mula menulis blog. Yang penting idea korang tu fresh, ikhlas, dan ada ilmu. Bukan merepek2 sampai orang menyampah nak baca. Korang jugak mesti kreatif dalam menulis. Susun ayat cantik2, dan mudah orang nak baca. So, marilah kita berusaha! Cewah!




by Fatin Nuraini

Graphic Designer aka consultant kegemaran korang. 



Ulasan

Catatan Popular