Resepi Mudah dan Cepat : Pasta Salad

 

Menu Mudah dan Cepat : Pasta Salad


Hari ni nak share satu resepi senang dan cepat. Boleh makan panas atau sejuk (simpan dalam chiller).  Pasta Salad. Pernah dengar tak? Pernah makan?

 

Apa tu Pasta Salad?

Pasta salad ni adalah satu hidangan yang disediakan dengan satu atau lebih jenis pasta dengan cara sejuk (chiller) atau hampir sejuk. Ia sering digaul bersama cuka, minyak atau sos salad dressing macam mayonis. Biasanya disajikan sebagai pembuka makanan, lauk atau hidangan utama macam kita makan supper (makan tengah malam).

 

 

Pasta Salad ni mudah tersangat nak buat nye. Buat awal petang-petang simpan dalam chiller nak makan time craving tengah malam pun boleh. Sebab biasanya dimakan sejuk. Dulu kat Kenney Rogers ada menu ni disediakan sebagai side dish kalau kita order half atau seekor ayam bakar dia.

 

Bahan-bahan nak buat Pasta Salad


  • Pasta (spiral atau penne atau makaroni)

  • Mayonis

  • serbuk black pepper atau white pepper (lada sulah)

  • Sedikit minyak vege (olive oil atau minyak sawit atau minyak kelapa)

  • Sumber daging (sosej atau daging burger atau daging ayam)

  • Sumber sayuran (timun, tomato, bell pepper, bawang merah) 

  • Jus lemon

  • Perasa : Garam, gula



Macam mana nak buat Pasta Salad? 

Mula-mula sekali, korang rebus je pasta kesukaan korang. Sebaiknya pilih yang Jenis makaroni, penne, spiral atau yang sewaktu dengannya. Kalau pilih spegatti karang payah lah pulak nak makan, kata salad kan, haruslah pilih yang simple dan mudah. Tak gitew. Rebus je macam biasa dengan sedikit minyak masak dalam 2 sudu besar supaya tak melekat pasta korang tu. Letak garam sikit, agak-agak lah. Lepas dah nampak kembang dalam 5-8 minit, boleh la toskan guna penapis dan lalukan dengan air paip biasa.  Letak dalam mangkuk besar.

Tips: Air kena bagi gelegak dulu, baru masuk minyak, garam dan pasta tu.


 

Pastu, korang hiris nipis segala sosej, daging ayam ke daging burger ke apa-apa sumber protein yang korang nak tambah. Kalau korang jenis vegetarian, bahan ni boleh ''skipped'' sahaja. Bahan-bahan daging ni korang kena goreng dulu. 


 

 


Lepas tu, korang boleh campur sumber sayuran macam timun, bell pepper, tomatodan bawang merah. Sayur tu semua potong dadu, bawang tu hiris la nipis-nipis. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau guna je lah minyak sawit ke minyak kelapa ke minyak bunga matahari pun boleh la.




 


Perisakan dengan serbuk black pepper atau lada sulah pun boleh. Jangan lupa letak mayonis dan perahan jus lemon. Dah kata ''salad'' tu lah bahan utama salad.

Gaul mesra semua bahan tu dalam satu mangkuk. Sedia untuk di simpan sejuk atau boleh terus ''ngappp''. Healthy food sangat kan?


Selamat mencuba.

#healtyfood #simplecook #menumudah #menuringkas #menucraving

Ulasan

Catatan Popular